KOLEJ KOMUNITI TANJUNG PIAI

 dilihat 3525 kali

Kolej Komuniti Tanjung Piai merupakan salah satu Institusi Pengajian Tinggi Awam di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi dan telah dutubuhkan sewaktu Rancangan Malaysia ke-9. Memulakan operasinya pada 1 Januari 2008 di lokasi Pusat Perdagangan Pontian dengan menjalankan kursus pendek dan mula menerima pelajar sepenuh masa yang pertama pada Julai 2008. Kolej ini mempunyai keluasan kawasan seluas 1500 mps (untuk 3 lot kedai 2 tingkat) yang merupakan bangunan secara sewaan. Terletak di persisiran pantai, kolej ini menyediakan persekitaran yang kondusif dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pada awal penubuhannya, kolej ini merupakan kolej cawangan daripada Kolej Komuniti Pasir Gudang tetapi telah mendapat status Pusat Tanggungjawab (PTJ) pada Oktober 2012. Kolej Komuniti Tanjung Piai mempunyai seramai 17 orang kakitangan dan menawarkan kursus sepenuh masa serta kursus pendek mengikut keperluan masyarakat setempat. Penubuhan ini selaras dengan misi Kolej Komuniti yang memfokuskan untuk mewujudkan peluang pembangunan potensi dan pencapaian kecemerlangan kepada pelajar lepasan sekolah menengah dan masyarakat setempat khususnya di daerah Pontian melalui pendidikan dan latihan.

Alamat: Kolej Komuniti Tanjung Piai, Kementerian Pendidikan Tinggi, No 45-47, Jalan Delima, Pusat Perdagangan Pontian, 82000 Pontian, Johor.
Telefon Pejabat/Bimbit: 076869600
Faks: 076869603
E-mel: admin@kktanjungpiai.edu.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi KOLEJ KOMUNITI TANJUNG PIAI.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u