Kolej Komuniti Betong, Sarawak telah ditubuhkan pada tahun 2007, untuk menawarkan sebuah kursus sepenuh masa iaitu Sijil Pelukis Pelan Senibina. Perjanjian Pajakan Kecil (sewaan) bangunan kedai dua tingkat di Lot 625 – Lot 629 , Jalan Datuk Basil Temenggong, Betong Town District selama 3 tahun mulai 1 September 2007 dan berakhir pada 31 Ogos 2010 telah ditandatangani pada 04 Disember 2007. Kerja-kerja pengubahsuaian bangunan telah siap dijalankan pada akhir tahun 2008 dan pendaftaran kohort pertama pelajar telah dijalankan pada 13 Januari 2009.
Pada tahun 2013, Kolej Komuniti Betong telah berpindah ke bangunan baru 3 tingkat di Lot 2035-2041, Bandar Baru Betong, Fasa 2, 95700 Betong Sarawak. Lokasi bangunan di pusat Bandar baru juga dianggap ideal kerana mudah akses kepada masyarakat setempat. Prasarana yang disediakan dapat menampung perlaksanaan kursus jangka panjang dan juga kursus jangka pendek. Kapasiti pelajar yang dirancang bagi Kolej adalah lebih kurang 120 orang bagi 1 kursus formal lepasan SPM dan program-program pembelajaran sepanjang hayat bagi masyarakat di Bahagian Betong.
Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi KOLEJ KOMUNITI BETONG.
Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.