KOLEJ KOMUNITI BANDAR TENGGARA

 dilihat 3407 kali

Pada 21 April 2006 (Jumaat), Majlis Pelancaran Kolej Komuniti Cawangan Bandar Tenggara telah diadakan di Taman Anggerik, Bandar Tenggara, Kulai, Johor. Bermula jam 8.30 pagi, perkarangan Taman Anggerik telah dipenuhi orang ramai yang ingin melihat pameran yang di adakan. Majlis Pelancaran Kolej Komuniti ini telah dirasmikan oleh Y.B Dato' Mustapa Bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada jam 3.00 petang. Majlis ini turut dihadiri dengan kehadiran Y.Bhg Dato' Haji Imran Bin Idris, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti dan Ahli Parlimen Tenggara, Y.B Datuk Dr. Adham Bin Baba.Seramai kira-kira 1500 hadirin yang hadir ke lokasi tersebut untuk sama-sama menyaksikan upacara perasmian yang julung-julung kali diadakan di Bandar Tenggara. Memetik kata-kata Dato' Mustapa Mohamed yang juga Menteri Pengajian Tinggi, beliau menyifatkan kewujudan politeknik dan Kolej Komuniti merupakan satu usaha kerajaan untuk melahirkan lebih ramai individu yang mempunyai kemahiran di dalam bidang atau kursus yang ditawarkan. Ketika negara sedang mendaki gunung kemajuan dengan Wawasan 2020 menjadi sasaran negara untuk muncul sebagai sebuah negara maju, sememangnya tenaga yang mahir dari pelbagai aspek terutamanya yang berkaitan dengan sains dan teknologi amat diperlukan demi merealisasikan hasrat tersebut.Beliau juga turut memberikan pandangan mengenai individu yang "lembut" yang sedang menuntut di Istitut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) sebagai bukan beban kepada pihak Pengajian Tinggi. Beliau menegaskan bahawa selagi mereka tidak terlibat dengan salah laku dan tidak melanggar garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti, maka golongan ini tidak perlu ditindas atau disisihkan. Selain itu, Ahli Parlimen Tenggara merangkap Setiausaha PerlimenKementerian Pengajian Tinggi Datuk Dr. Adham Bin Baba berkata, usaha kerajaan meluluskan pembukaan Kolej Komuniti di Bandar Tenggara merupakan satu usaha yang mulia kerana mampu memberikan lebih banyak peluang kepada penduduk di Bandar Tenggara ini untuk menuntut ilmu. Beliau yang kelihatan kacak mengenakan baju melayu Teluk Belanga berwarna merah jambu turut menyeru kepada ibu bapa agar mengambil berat tentang kebajikan dan pelajaran anak-anak mereka dengan merebut peluang untuk menuntut ilmu yang berada di depan mata.

Alamat: 65-67 Jalan Anggerik 1/1 Taman Anggerik Tenggara
Telefon Pejabat/Bimbit: 078961361
Faks: 078961377
E-mel: admin_kkbt@kkbtenggara.edu.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi KOLEJ KOMUNITI BANDAR TENGGARA.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u