INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA (IKTBN) CHEMBONG

 dilihat 16913 kali

INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA CHEMBONG (IKTBN Chembong) merupakan sebuah institut latihan milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. IKBN Chembong adalah diantara 8 buah IKBN baru yang ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia Ke Tujuh. Kerja-kerja pembinaan IKBN Chembong bermula pada Oktober 1999 dengan kos RM52 juta dan disiapkan pada April 2002. IKBN Chembong adalah Pusat Kecermelangan bagi bidang Automotif di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). IKBN Chembong mula beroperasi sepenuhnya pada Januari 2003 dengan menawarkan kursus-kursus kemahiran dalam dua bidang utama iaitu Automotif dan Awam. KONSEP LATIHAN INSTITUT Institut ini memberi latihan bersepadu merangkumi 80% latihan kemahiran dan 20% latihan pembangunan insan seperti latihan kawad, keusahawanan, keagamaan, sukan dan rekreasi serta kepimpinan dan ketatanegaraan. Konsep bersepadu yang dilaksanakan inilah yang mencorakkan belia-belia berdisiplin disamping berkemahiran dalam bidang yang diceburi dan boleh diamalkan dalam kerjaya. Tempoh latihan pelajar di Institut ini adalah selama 12 hingga 24 bulan dengan latihan industri selama 3 - 6 bulan di syarikat yang bersesuaian dan setelah tamat dengan jayanya pelajar akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1, 2, 3, 4 atau 5 melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia, JPK dan juga Sijil Tamat Latihan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Dalam latihan kemahiran, institut ini terdiri daripada 3 jabatan utama yang menawarkan kursus-kursus seperti berikut : Jabatan Pengajian Lanjutan dan Umum Kursus yang ditawarkan :- 1.Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia – Pengurus Automotif 2.Diploma Kemahiran Malaysia – Esekutif Automotif Jabatan Teknologi Automotif Kursus yang ditawarkan :- 1.Kursus Penyenggaraan Kereta 2.Kursus Penyenggaraan Jentera Berat 3.Kursus Penyenggaraan Kenderaan Perdagangan 4.Kursus Pengetuk Panel dan Semburan Cat Jabatan Teknologi Awam dan Struktur Kursus yang ditawarkan :- 1. Kursus Penyeliaan Awam dan Struktur 2. Kursus Pelukis Pelan Senibina 3. Kursus Landskap Pembinaan 4. Kursus Scaffolding 5. Kursus Operator Kren Menara

Alamat: Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong
Telefon Pejabat/Bimbit: 066857900
Faks: 066857989
E-mel: iktbn_chembong@kbs.gov.my
:
:
 
 

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA (IKTBN) CHEMBONG.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u