Institut Teknikal Jepun Malaysia atau JMTI terletak di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan mula beroperasi pada awal tahun 1998 di kampus sementara, CIAST Shah Alam. Institut ini dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan program latihan di peringkat Diploma Teknologi Kejuruteraan. Penubuhannya adalah menerusi kerjasama teknikal antara kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun hasil persetujuan dua hala yang dimeterai pada 7 Oktober 1997. Bermula Januari 2000, JMTI telah melaksanakan sepenuhnya program latihan di kampus tetapnya yang dibangunkan di atas tanah seluas 6.5 hektar di Taman Perindustrian Bukit Minyak, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Sejajar dengan itu, JMTI telah menawarkan Program Diploma dan Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan dalam empat bidang iaitu Komputer, Elektronik, Mekatronik dan Pembuatan. Matlamat utama penubuhan institut ini adalah untuk melahirkan tenaga kerja mahir berkualiti menerusi program latihan kemahiran pada tahap tinggi bagi memenuhi keperluan industri di Malaysia. Seterusnya menyediakan pelajar dalam menyesuaikan diri menghadapi perkembangan arus teknologi dan globalisasi masa hadapan. Visi JMTI ialah untuk menjadi sebuah organisasi peneraju dalam membangunkan tenaga kerja berdaya saing. Selaras dengan visinya, objektif telah ditetapkan iaitu membantu ke arah penggunaan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan perindustrian
Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT TEKNIKAL JEPUN MALAYSIA (JMTI).
Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.