INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

 dilihat 5404 kali

Pembinaan maktab ini bermula pada tahun 1998 bagi menggantikan Maktab Perguruan Sains Bintulu. Maktab yang terletak di Jalan Dato Mohd Musa, Kota Samarahan ini mula beroperasi pada 1 Jun 1999 dan telah dirasmikan pada 22 November 1999 oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Hj. Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Kerajaan Negeri Sarawak telah memberi tapak tanah seluas 60 hektar yang terletak di Jalan Dato’ Mohd. Musa, Kota Samarahan lebih kurang 20km dari pusat bandar Kuching kepada Kementerian Pendidikan untuk pembinaan Maktab Perguruan Islam. Tetapi memandangkan ambilan guru agama tidak besar, maka cadangan asal kampus bari ini ditukar menjadi Maktab Perguruan Samarahan bagi mengganti Maktab Perguruan Sains Bintulu yang telah ditutup pada pertengahan tahun 1999. Dalam ucapan perasmian Maktab Perguruan Samarahan, Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Abdul Taib Mahmud telah membayangkan hasrat agar nama Maktab Perguruan Samarahan ditukar menjadi Maktab Perguruan Tun Abdul Razak. Pada hari Khamis, 7 Zulkaedah 1421 Hijrah bersamaan 1 Februari 2001, YAB Tun Hajjah Rahah Bte. Tan Sri Haji Mohd. Noah S.S.M., P.N.B.S., S.I.M.P., S.P.D.K telah menyempurnakan Majlis Perasmian nama Maktab Perguruan Tun Abdul Razak. Penubuhan Institut Pendidikan Guru (IPG) sebagai suatu bentuk pengiktirafan kerajaan terhadap agenda memartabatkan profesion keguruan telah dibangkitkan oleh Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dalam Pembentangan Bajet 2006 dan Pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Pada hari Sabtu, 8 Rabiulakhir 1427 Hijrah bersamaan 6 Mei 2006, secara rasminya Timbalan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak telah menyempurnakan Majlis Pengisytiharan Institut Pendidikan Guru di Institut Perguruan Tun Abdul Razak (IPTAR).

Alamat: Jalan Dato’ Mohd Musa, 94300 Kota Samarahan, Sarawak
Telefon Pejabat/Bimbit: 082-673800
Faks: 082-672984
E-mel: lokman@ipgkbm.edu.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u