IKBN Dusun Tua terletak di KM25 Jalan Hulu Langat Selangor dengan keluasan 81 ekar. Pada tahun 1941 kawasan ini merupakan Markas hospital Tentera Jepun, kemudian dijadikan tempat latihan tentera British. Selepas perang dunia kedua, tempat ini dijadikan pula sebagai Pusat Latihan Pasukan Polis Hutan PDRM. Pada tahun 1966 tempat ini diambil alih oleh Kementerian Kebudayaan, Belia & Sukan dan dikenali sebagai Pusat Anggatan Belia Pelopor Negara. Pada tahun 1969 ia bertukar nama dan dikenali pula sebagai Pusat Latihan Belia Dusun Tua dan pada tahun 1991 sekali lagi nama ditukar sebagai Institut Kemahiran Belia Negara dan dirasmikan oleh Dato` Annuar Musa bersempena dengan perayaan 25 tahun Jubli perak Institut ini. Pada masa kini terdapat 5 Jabatan ( Automotif, Mekanikal, Awam, Elektrik dan Elektronik ). 13 bidang kemahiran telah diwujudkan di Institut ini bersesuaian dengan keperluan serta kehendak semasa pembangunan negara. Jabatan Pengajian Umum dan Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti juga telah diwujudkan bersesuaian dengan keperluan semasa. less
Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA (IKTBN) DUSUN TUA.
Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.