Mengenai Kami

Mengenai Projek MyTC

Projek Sistem Tempahan Fasiliti Kerajaan (MyTC) adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan membolehkan orang ramai menempah fasiliti kerajaan yang ditawarkan. Projek MyTC membolehkan penggunaan fasiliti sedia ada di Institut Latihan Awam dikongsi secara menyeluruh dan penggunaannya dapat dioptimakan oleh pelbagai pihak. Dalam masa yang sama, projek ini juga menawarkan kemudahan carian dan permohonan fasiliti yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam (ILA), Kementerian dan Agensi Kerajaan secara dalam talian. Projek ini dilaksanakan untuk memenuhi kehendak rakyat yang menginginkan perkhidmatan yang pantas dan meluas. Tidak lagi terhad kepada penjawat awam, MyTC kini dibuka kepada orang ramai untuk menikmati fasiliti yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam

Inisiatif ini diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Perancang Ekonomi bersama rakan-rakan strategik iaitu Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan One Malaysia For Youth (iM4U). Pelaksanaan Projek MyTC adalah contoh terbaik kolaborasi strategik agensi-agensi Perkhidmatan Awam pelbagai Kementerian dan jabatan untuk merealisasikan projek ini. Ianya bukanlah terbina hasil usaha sebuah agensi sahaja, malah ia merupakan hasil kerjasama pelbagai agensi Perkhidmatan Awam yang berganding bahu dalam semangat yang sama iaitu mengangkat kepentingan rakyat sebagai keutamaan pentadbiran Kerajaan. Majlis soft launch fasa pertama Projek MyTC telah diadakan di Institut Penilaian Negara (INSPEN) pada 17 Disember 2012.

Portal MyTC

Portal MyTC adalah merupakan gerbang (gateway) elektronik yang memberi maklumat fasiliti yang ditawarkan oleh Institut-institut Latihan Awam/Agensi Kerajaan. Portal ini akan memudahkan penjawat awam, sektor swasta, badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam untuk mendapatkan maklumat dan membuat tempahan fasiliti yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam.

Kerajaan

yang bertujuan membolehkan orang

ramai menempah fasiliti kerajaan

yang ditawarkan oleh

Institut Latihan Awam (ILA), Kementerian

dan Agensi Kerajaan

secara dalam talian.


Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u