PUSAT LATIHAN RELA WILAYAH SABAH

 dilihat 3282 kali

Anggota RELA akan diberikan kursus pengenalan RELA di peringkat tempatan manakala kursus-kursus asas dan lanjutan akan diadakan di Pusat-Pusat Latihan RELA Wilayah iaitu di PLRW Selatan di Sungai Udang Melaka, PLRW Utara di Bukit Selambau, Sungai Petani dan di PLRW Timur di Kuala Brang, Kuala Terengganu dan di PLRW Sabah, Tuaran, Sabah. Jangkamasa latihan adalah dari 5 hingga 10 hari dan bergantung kepada jenis kursus. Latihan ini membolehkan seseorang anggota itu dapat memberikan sumbangan yang efektif dalam mencapai objektif pasukan. Selain itu, kursus-kursus geraksaraf dipertingkatkan bagi memberi kesedaran kepada rakyat untuk membantu kerajaan dalam memelihara dan mengekalkan keamanan. Kursus-kursus yang disediakan untuk anggota-anggota RELA adalah seperti berikut : Kursus pengenalan Kawat Hujung Minggu ( Platun Keselamatan Daerah ) Kursus Asas RELA Skuad Muda RELA Kursus Strategik Dan Keselamatan Kepimpinan Dan Pengurusan RELA Pemantapan Berkawat Platun Bantuan Khas RELA Pengurusan Dan Pengendalian Senjatapi Pancaragam RELA Malaysia Training Of Trainers Kursus pengurusan ( Untuk Pegawai RELA ) Kursus pengurusan Ujian Kemahiran Menembak RELA (UKMR) Kursus pengurusan maklumat Kursus Keluarga Cemerlang Kursus-kursus yang dianjurkan oleh lain-lain agensi seperti BTN , Agensi Dadah Kebangsaan (ADK), Polis, JPA3, Jabatan Penerangan dan lain-lain lagi.
Alamat: Jalan Sulaman, Kg. Gayang Peti Surat 869,
Telefon Pejabat/Bimbit: 088473151
Faks: 088473143
E-mel: rela_plrwsabah@moha.gov.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi PUSAT LATIHAN RELA WILAYAH SABAH.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u