PUSAT LATIHAN DAN PEMBANGUNAN PENGEMBANGAN WILAYAH SELATAN AYER HITAM

 dilihat 2297 kali

Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan Wilayah Selatan (PLPPWS) terletak kira-kira 3.2 daripada pekan Ayer Hitam di jalan menuju ke Bandar Kluang. Ia berada di dalam satu kompleks yang mengandungi Institut Pertanian Ayer Hitam dan PLPP Wilayah Selatan. Pembinaan PLPP Wilayah Selatan telah menelan belanja sejumlah RM 2.7 juta. Pelaksanaan Projek Pengembangan Kebangsaan (NEP) yang dibayai oleh pinjaman Bank Dunia adalah berkait rapat dengan penubuhan PLPP Wilayah Selatan, Ayer Hitam. Projek NEP ini ialah ekoran daripada program Kerajaan Malaysia untuk memperkukuhkan lagi sektor penyelidikan dan perkhidmatan pengembangan yang dibantu di bawah Projek Penyelidikan dan Pengembangan (LOAN 1115-MA) bertujuan untuk memperkuatkan lagi perkhidmatan pertanian diperingkat wilayah selatan. Pembinaan PLPPWS bermula pada tahun 1985 manakala bangunan pentadbiran dan asrama telah siap dibina dalam bulan Julai 1986. Pembinaan komplek perumahan pada bulan Mei, 1987 mengandungi 24 buah rumah kediaman untuk kakitangan. Walau bagaimanapun pentadbiran PLPP Wilayah Selatan hanya bermula pada 1 Januari 1986 dengan menggunakan pejabat sementara iaitu rumah Pengetua Institut Pertanian Ayer Hitam dan kemudiannya berpindah ke bangunan baru pada bulan Julai 1986
Alamat: Pusat Latihan & Pembangunan Pengembangan. (PLPP) Wilayah Selatan, Ayer Hitam. Beg Berkunci 104
Telefon Pejabat/Bimbit: 077581878
Faks: 077581373
E-mel: email@email.com
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi PUSAT LATIHAN DAN PEMBANGUNAN PENGEMBANGAN WILAYAH SELATAN AYER HITAM.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u