POLITEKNIK MERSING

 dilihat 11512 kali

Politeknik Mersing Johor (PMJ) merupakan politeknik ke-25 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dibina di bawah peruntukkan Rancangan Malaysia ke-9, PMJ memulakan operasi pentadbirannya secara rasmi pada Oktober 2008. Penubuhannya selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja separa professional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta di Malaysia. Mula mengambil pelajar sulung pada Januari 2009 di kampus sementaranya di Politeknik Johor Bahru, PMJ seterusnya berpindah ke kampus sementaranya di Bandar Tepian Sungai, Mersing pada Januari 2010 dengan menyewa 5 unit rumah kedai 3 tingkat. Pada Julai 2012, PMJ sekali lagi berpindah ke kampus induknya di Jalan Nitar, Mersing. Kampus seluas 122 ekar ini mampu menampung seramai 2400 orang pelajar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi memenuhi program-program pengajian yang ditawarkan bagi 3 jabatan akademik induk iaitu Jabatan Teknologi Maklumat & Kamunikasi, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik serta 2 jabatan akademik sokongan iaitu Jabatan Matematik, Sains & Komputer serta Jabatan Pengajian Am. Selaras dengan teras keempat pelan strategik pengajian tinggi negara iaitu memperkasa institusi pengajian tinggi, politeknik juga tidak mahu ketinggalan dalam memberi kualiti pendidikan yang terbaik. Justeru itu, Politeknik Mersing mengorak langkah untuk menyahut cabaran serta merealisasikan agenda kerajaan mentransformasikan Malaysia melalui proses inovasi yang menyeluruh dalam aspek produktiviti, kreativiti dan inovasi selari dengan kehendak penghasilan modal insan yang berpendapatan tinggi. Maka dengan ini, PMJ komited dalam membangunkan modal insan separa profesional bagi menampung keperluan sektor awam mahupun industri negara.
Alamat: Jalan Nitar
Telefon Pejabat/Bimbit: 077980001
Faks: 077980002
E-mel: pengarah@pmj.edu.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi POLITEKNIK MERSING.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u