Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Ipoh telah dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Kolej seluas 16.75 hektar itu merupakan penyatuan tiga institut latihan Kementerian Kesihatan iaitu Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta, Kolej Kejururawatan Ipoh dan Kolej Kejururawatan Taiping. Institut latihan menawarkan beberapa program seperti Diploma Pembantu Perubatan, Diploma Kejururawatan, Kejururawatan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan dan kursus pengkhususan serta lanjutan.