KOLEJ KOMUNITI SELANDAR

 dilihat 5716 kali

Kolej Komuniti Selandar mula beroperasi pada tahun 2003 dan menumpang sementara di Sek. Men. Keb. Nyalas, Melaka. Pada Julai 2004 Kolej Komuniti Selandar mula berpindah ke kampus tetap sendiri yang beralamat di Jalan Batang Melaka Selandar, Melaka. Sepanjang penubuhan Kolej Komuniti Selandar, ia telah di tadbir di bawah 3 pengurusan utama iaitu bermula dengan 'care taker' iaitu En. Zali bin Wahil (2003 - Julai 2004), En. Roslee bin Yahya (Julai 2004 - 2009) dan Tn. Hj Mohd Zufri bin Yazid (2010 - kini). Kolej Komuniti Selandar berkeluasan 7 ekar yang menempatkan berbagai blok kemudahan seperti Blok Pentadbiran, Blok Akademik dan Surau. Dari sehari ke sehari kemudahan-kemudahan ini dinaiktaraf untuk kemudahan pelajar dan kakitangan. Sepanjang tahun 2005 sehingga kini Kolej Komuniti Selandar giat menaiktaraf kemudahan umum. Antaranya pembinaan menaiktaraf makmal komputer, bilik kuliah,gelanggang terbuka untuk aktiviti riadah, Dewan Utama, Gymnasium, Dataran Lestari dan Korridor Lestari. Ia bertujuan memberi kemudahan yang lengkap untuk tujuan pembelajaran samada untuk Program Modular ataupun Kursus-kursus Pendek.

Alamat: Kementerian Pendidikan Malaysia Jalan Batang Melaka Selandar
Telefon Pejabat/Bimbit: 065253122
Faks: 065253158
E-mel: kolejkomunitiselandar@yahoo.com
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi KOLEJ KOMUNITI SELANDAR.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u