KOLEJ KOMUNITI BETONG

 dilihat 3174 kali

Kolej Komuniti Betong, Sarawak telah ditubuhkan pada tahun 2007, untuk menawarkan sebuah kursus sepenuh masa iaitu Sijil Pelukis Pelan Senibina. Perjanjian Pajakan Kecil (sewaan) bangunan kedai dua tingkat di Lot 625 – Lot 629 , Jalan Datuk Basil Temenggong, Betong Town District selama 3 tahun mulai 1 September 2007 dan berakhir pada 31 Ogos 2010 telah ditandatangani pada 04 Disember 2007. Kerja-kerja pengubahsuaian bangunan telah siap dijalankan pada akhir tahun 2008 dan pendaftaran kohort pertama pelajar telah dijalankan pada 13 Januari 2009.

Pada tahun 2013, Kolej Komuniti Betong telah berpindah ke bangunan baru 3 tingkat di Lot 2035-2041, Bandar Baru Betong, Fasa 2, 95700 Betong Sarawak. Lokasi bangunan di pusat Bandar baru juga dianggap ideal kerana mudah akses kepada masyarakat setempat. Prasarana yang disediakan dapat menampung perlaksanaan kursus jangka panjang dan juga kursus jangka pendek. Kapasiti pelajar yang dirancang bagi Kolej adalah lebih kurang 120 orang bagi 1 kursus formal lepasan SPM dan program-program pembelajaran sepanjang hayat bagi masyarakat di Bahagian Betong.

Alamat: Kolej Komuniti Betong, Kementerian Pendidikan Malaysia, Lot 2035-2041, Bandar Baru Betong, Fasa 2, Peti Surat 2059, Pejabat Pos Betong,
Telefon Pejabat/Bimbit: 083471830
Faks: 083472831
E-mel: kkcb@kkbetong.edu.my
:
:
 
 

  • Internet
  • Parking
  • Sesuai untuk Majlis
  • Penghawa Dingin
KOLEJ KOMUNITI BETONG, Kolej Komuniti Betong, Kementerian Pendidikan Malaysia, Lot 2035-2041, Bandar Baru Betong, Fasa 2, Peti Surat 2059, Pejabat Pos Betong,

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi KOLEJ KOMUNITI BETONG.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u