INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS WILAYAH UTARA (INTAN UTARA)

 dilihat 7001 kali

Kampus INTAN Wilayah Utara atau lebih dikenali sebagai INTURA, mula beroperasi di Sungai Petani, Kedah pada tahun 1983. Selaras dengan moto 'Latihan Untuk Pembangunan', INTURA menggalas tanggungjawab membangunkan modal insan perkhidmatan awam dengan memberi latihan yang berkualiti dan berkesan dalam pelbagai bidang seperti pengurusan pentadbiran awam, pengukuhan pasukan kerja, pengurusan kualiti, pembangunan sahsiah dan pengurusan kewangan. Dalam mengorak langkah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, pembangunan modal insan perkhidmatan awam telah menjadi agenda penting negara. Ini adalah kerana perkhidmatan awam terpaksa menghadapi pelbagai cabaran baru yang lebih kompleks dan sentiasa berubah-ubah. Melihat kepada fenomena ini, wujud keperluan terhadap program pengukuhan pasukan kerana ia didapati berupaya mengharmoni matlamat warga dengan matlamat organisasi bagi membuahkan hasil yang optimum dan berkesan. Selaras dengan keperluan terhadap program pengukuhan pasukan, INTURA telah dipilih dalam kalangan lima kampus wilayah untuk menjadi Pusat Kecemerlangan Program Pengukuhan Pasukan. Berikutan itu, INTURA menganjurkan dua kursus utama di bawah Program Pengukuhan Pasukan iaitu Kursus Pengukuhan Pasukan dan Kursus Kecemerlangan Pasukan. Kedua-dua kursus ini menerapkan nilai-nilai kepimpinan berkualiti, komunikasi berkesan, pemikiran kreatif dan kerjasama berpasukan dalam setiap aktiviti.

Alamat: INTAN Kampus Wilayah Utara Jalan Kuala Ketil
Telefon Pejabat/Bimbit: 044218321
Faks: 044214489
E-mel: maklumbalas@intura.intan.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS WILAYAH UTARA (INTAN UTARA).



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u