INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) SANDAKAN

 dilihat 2731 kali

Mula dibina pada bulan November 2002, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan, Sabah merupakan salah sebuah institusi latihan di bawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. Institut ini merupakan salah satu projek pembangunan di bawah Projek Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK-8) dan telah siap sepenuhnya pada awal 2005. Berkeluasan hampir 50 ekar kawasan keseluruhannya yang mempunyai 27 blok bangunan, terdiri daripada bengkel-bengkel latihan kemahiran, pejabat pentadbiran, dewan kuliah utama, dewan serbaguna, pusat sumber, kafeteria, surau, kuaters kakitangan, asrama pelajar lelaki dan wanita, kemudahan padang serta tempat rekreasi. Aktiviti utama (Core Business) ILP Sandakan adalah untuk memberi latihan kemahiran secara formal kepada belia-belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pekerja-pekerja Sektor Industri dan Orang perseorangan bagi membolehkan peserta tersebut mendapat kemahiran dalam bidang- bidang tertentu yang ditawarkan oleh institut menerusi program latihan sepenuh masa dan separuh masa. Kursus-kursus yang ditawarkan di ILP Sandakan adalah pemesinan am, fabrikasi logam, kimpalan, penyejukbekuan & penyaman udara, juruelektrik, telekomunikasi dan teknologi komputer (sistem).

Alamat: Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Batu 5, Jalan Sibuga
Telefon Pejabat/Bimbit: 089240500
Faks: 089240555
E-mel: ilpsdk@jtm.gov.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) SANDAKAN.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.






Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2020
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u