INSTITUT KEMAHIRAN MARA BESERI

 dilihat 3800 kali

Institut Kemahiran MARA, BESERI Perlis telah ditubuhkan pada tahun 1993. Ia dibina di atas sebidang tanah seluas 45 ekar dan terletak 15km dari bandar Kangar. Pengambilan pertama pelatih seramai 77 orang telah dibuat pada sesi Julai-Disember 1993, melibatkan pelatih daripada jurusan Elektronik, Elektrik, Marin, Penyejukbekuan & Penyamanan Udara dan Kimpalan & Fabrikasi. Bermula tahun 2001, 2 kursus lagi dijalankan iaitu kursus Mekatronik dan Automobil. Kursus yang ditawarkan di sini ialah pada tahap sijil teknologi. Mulai sesi Julai 2006, 5 kursus telah dinaiktaraf kepada sijil kejuruteraan (setara dengan politeknik) dan 4 kursus lagi masih dikekalkan kepada sijil teknologi. Senarai sijil yang ditawarkan adalah seperti berikut:- Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Industri) Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Instrumen) Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) Kejuruteraan Mekatronik Kejuruteraan Elektrik (Domestik & Industri) Kejuruteraan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Kejuruteraan Automobil Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Teknologi Kejuruteraan Marin Sehingga kini IKM Beseri mempunyai sebuah bangunan intergrasi yang merangkumi blok pentadbiran dan dewan theatherade, tiga belas blok bengkel teknikal, tiga buah blok asrama (lelaki dan wanita), sebuah dewan serbaguna, surau, dewan makan, perpustakaan dan beberapa gelanggang sukan.

Alamat: Km. 14, Jalan Kaki Bukit
Telefon Pejabat/Bimbit: 049384021
Faks: 049384023
E-mel: sysadmin@ikmbeseri.edu.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT KEMAHIRAN MARA BESERI.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u