INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) KEMASIK

 dilihat 8650 kali

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, Terengganu merupakan salah satu dari 21 IKBN yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Malaysia. Ia terletak kira-kira 22 km dari Bandar Kemaman melalui Jalan Kemaman-Dungun. Pembinaan institut ini telah bermula sejak 19 Disember 2007 dan mula beroperasi secara rasminya pada 18 Oktober 2010. Majlis Penyerahan Projek telah diadakan oleh Pengarah Urusan Ledang Raya Sdn Bhd kepada JKR dan seterusnya kepada wakil Kementerian Belia dan Sukan. Institut yang didirikan di atas kawasan seluas 50 ekar ini mampu menampung sehingga 500 orang pelatih pada satu masa dan telah memulakan sesi pengambilan yang pertama pada Julai 2011. Antara bidang yang ditawarkan di IKBN Kemasik ialah bidang Perhotelan, Hospitaliti dan Perkhidmatan Personal. Selain bangunan pentadbiran dan bengkel mengajar, pihak IKBN Kemasik juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti perpustakaan, padang bola, gelanggang permainan, surau, dewan makan, kuarters, asrama, dan lain-lain lagi untuk kegunaan pelatih dan kakitangan IKBN Kemasik. VISI Membina generasi belia yang mempunyai jati diri dan kompeten dalam kemahiran bagi memenuhi keperluan pembangunan negara. MISI Menghasilkan belia yang berkemahiran, berdisiplin, berakhlak mulia dan berwawasan untuk keperluan tenaga kerja selaras dengan pembangunan negara

Alamat: KM-19, JALAN KEMAMAN-DUNGUN, 24200 KEMASIK, KEMAMAN TERENGGANU DARUL IMAN
Telefon Pejabat/Bimbit: 098664500
Faks: 098664545
E-mel: rohaya.roka@kbs.gov.my; syila84@kbs.gov.my; mazri@kbs.gov.my; ikbn_kemasik@kbs.gov.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) KEMASIK.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u