INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) NAKA

 dilihat 10670 kali

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Belia telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1964. Matlamat awalnya adalah untuk menangani masalah pengangguran dengan menawarkan program latihan kemahiran di kalangan belia tercicir. Pada awal tahun 1990-an program latihan diperluaskan kepada usaha pembangunan sumber manusia iaitu melatih belia dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional untuk melahirkan tenaga mahir bagi keperluan sektor perindustrian negara. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberi tumpuan ke arah pembangunan modal insan dalam RMKe-9, 6 buah ikbn telah di bina termasuk IKBN Naka. Penambahan IKBN ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian untuk melahirkan generasi belia yang berkemahiran dan berwawasan menepati keperluan pembangunan negara. Projek pembinaan Kompleks Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka, Kedah telah dimulakan pada 19 Disember 2007 dengan kos pembinaan sebanyak RM 63.4 juta. Projek IKBN Naka telah dibangunkan di atas tapak seluas 58 ekar di Mukim Tekai, Pekan Naka, Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman. Projek ini dilaksanan secara reka dan bina dan mengambil masa selama 32 bulan untuk disiapkan. Projek pembinaan IKN Naka siap sepenuhnya serta diserahkan kepada pihak kementerian pada 04 Ogos 2010. Jabatan ini telah beroperasi dan menjalankan kerja-kerja pentadbiran secara rasminya pada bulan Oktober 2010. Institut ini dijangka dapat menampung sebanyak 500 orang pelajar pada satu-satu masa. Sehingga kini Kementerian Belia dan Sukan mempunyai 20 buah IKBN termasuk sebuah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), manakala sebuah IKBN masih lagi diperingkat pembinaan. Pembinaan IKBN membuktikan kesungguhan kerajaan menyediakan lebih banyak peluang latihan kemahiran kepada belia dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional selaras dengan keperluan tenaga mahir. Penambahan kursus dalam pelbagai bidang serta peningkatan tahap kemahiran mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir. Matlamat penubuhan IKBN ialah : Menyediakan peluang latihan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada belia lepasan sekolah. Memberikan pendedahan keusahawanan dalam bidang kemahiran yang diperolehi. Mengadakan program kepimpinan, kerohanian, dan kenegaraan bagi menerap / membentuk belia yang mempunyai jati diri unggul. IKBN / IKTBN menjalankan konsep latihan bersepadu (Integrated Approach). Melalui sistem ini komponen latihan dijalankan secara serentak. Komponen latihan yang dilaksanakan :- Latihan Kemahiran Kepimpinan dan Ketatanegaraan Keagamaan dan Kerohanian Keusahawanan Kawad Sukan dan Rekreasi

Alamat: Mukim Tekai, Pekan Naka
Telefon Pejabat/Bimbit: 047993000
Faks: 047851269
E-mel: roslailawati@kbs.gov.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin
  • Pentas

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) NAKA.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u