INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) ALOR GAJAH

 dilihat 15144 kali

Institut Kemahiran Belia Negara Alor Gajah (IKBN Alor Gajah) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada Jun 1987. Ia merupakan projek yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke tujuh. IKBN Alor Gajah terletak di atas Lot 641 dan 644, Mukim Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka dengan keluasan 50 hektar. Bangunan institut ini siap dibina pada 16 Mei 2002. Terdapat 12 buah bangunan telah dibina iaitu Blok Pentadbiran, Dewan Serba guna, Rumah Kerajaan, Blok Hospitaliti, Surau, Kafeteria, Blok Asrama Lelaki dan Wanita, Dewan Makan, Blok Pusat Sumber, Blok Penjaga Jentera Elektrik dan Blok Elektrik dan Elektronik. Institut ini telah memulakan operasinya pada 16 Ogos 2002. Jumlah keseluruhan perjawatan ialah 94 yang terdiri daripada 38 perjawatan pengurusan dan 56 perjawatan kemahiran. Institut ini berperanan memberi latihan berbentuk kemahiran kepada belia-belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Sebanyak 4 bidang yang ditawarkan iaitu Bidang Hospitaliti, Bidang Kejuruteraan Elektrik dan Bidang Kejuruteraan Elektronik dengan jumlah keseluruhan jurusan yang ditawarkan adalah sebanyak 7 jurusan. Tempoh kursus dijalankan adalah di antara 12 hingga 36 bulan bergantung pada keperluan bahagian sama ada di peringkat sijil,diploma dan diploma lanjutan. IKBN Alor Gajah juga merupakan Pusat Kecemerlangan Hospitaliti

Alamat: KM 34, Jalan Ramuan China Besar
Telefon Pejabat/Bimbit: 063851255
Faks: 063851250
E-mel: asnah.ali.kbs@1govuc.gov.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) ALOR GAJAH.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u