Kewujudan Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia merupakan pemangkin kepada usaha-usaha pembangunan sumber manusia di Jabatan Pengangkutan Jalan menerusi perancangan dan pelaksanaan latihan yang berkualiti. Penubuhan Akademi ini juga akan dapat mengukuhkan potensi modal insan JPJ agar sentiasa releven dengan senario semasa di mana kakitangan JPJ perlu dilatih dengan aplikasi terkini, menyerap sistem dan pemikiran baru, mengamalkan nilai murni dan ada jati diri malah memiliki daya usaha untuk menyelesaikan permasalahan rakyat selaku pelanggan. Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia Wilayah Timur terletak di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan. Pada asalnya ia dikenali sebagai Pusat Bina JPJ Malaysia. Ianya merupakan satu gagasan yang diilhamkan oleh Yang Berbahagia Dato' Pahamin A. Rajab, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia. Kewujudan Akademi adalah mercu tanda usaha yang murni dan berwawasan di dalam menyediakan kemudahan latihan dan pendedahan yang sesuai dengan keadaan dan budaya JPJ.
Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi AKADEMI PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA WILAYAH TIMUR.
Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.